Panasnya Hari Ini

Akui Terima Tawaran Dari PPBM, Ahmad Said Masih Setia Dengan UMNO

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa terdapat beberapa pihak dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) datang berjumpanya untuk menyertai parti baharu itu.

Bagaimanapun, ADUN Kijal itu menegaskan akan terus setia bersama UMNO dan mahu terus berkhidmat untuk UMNO.

“Tun Mahathir Mohamad telah menghantar orang untuk berjumpa dengan saya untuk mengajak masuk BERSATU. Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menawarkan kepada saya untuk menjadi Ahli Mesyuarat Tertinggi BERSATU.

“Setakat ini, saya nak tengok dulu. Saya tak jawab lagi…tetapi tidak tahulah sampai bila. Kalau desakan bertalu-talu, saya takut saya tidak dapat bertahan,”katanya, lapor Bernama.

Ahmad turut berkata, beliau pernah ditawarkan menganggotai beberapa parti pembangkang yang lain termasuk PAS, PKR dan AMANAH, tetapi menolak kerana tidak mahu mengkhianati UMNO.

Tegasnya lagi, beliau tekad untuk terus kekal bersama-sama UMNO bagi melihat perubahan yang bakal dilakukan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kemelut politik di Terengganu.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Najib telah memanggil beberapa orang ADUN untuk mendengar sendiri apa masalah yang membelenggu negeri ini.

“Najib janji untuk mengadakan perubahan. Saya masih lagi ahli UMNO…saya tidak berdendam Cuma jangan kejutkan harimau yang sedang tidur,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");