Sukan Hari Ini

Bandar Utama Dragons beri saingan

JUARA bertahan Junior Purple League (JPL) musim lalu, Kelab Badminton Petaling (KB Petaling) nyaris dikejutkan pendatang baru, Kelab Badminton Bandar Utama Dragons (KB Bandar Utama Dragons) dalam saingan pusingan kedua JPL 2016 Divisyen Satu di Kompleks Sukan Azman Hashim, USM Pulau Pinang.

Dalam pertarungan sengit itu, KB Bandar Utama Dragons hanya kalah tipis 2-3 (8-12) kepada KB Petaling.

Pada perlawanan pertama, perseorangan lelaki KB Petaling, Chia Wei Jie tidak menghadapi masalah untuk menang 3-0 (11-10, 11-9, 11-7) menumpaskan Sim Fong Hau.

Pada aksi kedua perseorangan perempuan, pemain remaja nombor satu dunia mewakili KB Bandar Utama Dragons, Goh Jin Wei berjaya mengutip kemenangan pertama untuk pasukannya menewaskan pemain import KB Petaling dari Thailand, Chasinee Korepap 3-1 (11-5, 11-5, 1-11, 11-4).

“Saya rasa set pertama dan set kedua saya mengawal permainan tapi di set ketiga saya agak ketinggalan dan saya berjaya menang di set keempat.

“Saya juga berharap dapat membantu KB Bandar Utama untuk muncul juara JPL 2016 pada musim ini,, ulas Jin Wei.

Dalam perkembangan lain, Jin Wei berharap lebih banyak pemain sebayanya dapat menyinar di peringkat tinggi.

“Saya harap dari Purple League pemain yang satu batch dengan saya dapat bersama sparring dan naik (menonjol) bersama. Ramai pemain luar negara seperti dari China dan Thailand mempunyai kelompok pemain muda yang sangat kuat,” katanya.

Sementara itu dalam perlawanan ketiga, gandingan beregu lelaki KB Bandar Utama Dragons, Leong Jun Kai-Owen Ting Shih Wee tewas 1-3( 11-10, 7-11, 5-11, 9-11) kepada beregu KB Petaling, Kwek Wee Jian-Man Wei Chong.

Bagaimanapun, mereka bangkit dengan kemenangan 3-2 (5-11, 11-7, 11-9, 4-11, 11-8) dalam perlawanan keempat menerusi beregu perempuan mereka, Chonnicha Charoenwat-K Thanapim yang menewaskan Tew Jia Jia-Yap Yee.

Di set terakhir, beregu campuran KB Bandar Utama Dragons, Hamisya Hashudin-Raynald Tangguh Hartanto bagaimanapun gagal menyaingi lawan mereka Chen Tang Jie/Wanida Buapa apabila tewas 1-3 (11-10, 5-11, 8-11, 5-11).-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");