Sukan Hari Ini

Barcelona ke Borussia-Park tanpa Messi

BARCELONA akan berkunjung ke Borussia-Park menentang Borussia Monchengladbach tanpa kelibat penyerang mereka Lionel Messi dan Samuel Umtiti.

Perkara itu disahkan pengendalinya Luis Enrique yang tidak menyenaraikan kedua-dua pemain itu dalam kesebelasan pasukan.

“Messi cedera selepas seri menentang Atletico Madrid, dia akan direhatkan selama tiga minggu.

“Manakala, Umtiti pula cedera ligamen lutut kiri ketika ujian dan belum pasti bila akan sembuh,” katanya.

Barcelona tidak mahu melepaskan tiga mata penuh untuk terus kekal di puncak Kumpulan C dengan Manchester City rapat mengejar kelab Catalan itu.

Pada aksi pertama, Barcelona membelasah Celtic 7-0 manakala Manchester City menumpaskan Monchengladbach 4-0.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");