Membawang Hari Ini

‘Bila saya sombong?’

Pelawak dan pelakon, Atu Zero atau nama penuhnya Sharif Kuna Doli Sharif, 24, menafikan semakin sombong dan tidak mahu didekati media kebelakangan ini.

Menurutnya, dia tertanya-tanya bagaimana dakwaan itu timbul sedangkan dia sendiri berasakan dirinya semakin dipinggirkan tanpa sebarang liputan ketika ini.

“Bila masa saya sombong? Saya tidak tahu kenapa ada pihak perlu mendakwa sedemikian tanpa kenal dan berjumpa lebih dekat dengan saya?

“Sebenarnya, saya yang rasa seperti semakin dipinggirkan kerana sudah lama rasanya tiada liputan mengenai diri saya. Syukur rezeki lepas kahwin hadir tanpa henti dan dapatlah saya sibukkan diri,” katanya kepada RAP.

Pelawak kelahiran Sabah itu juga terkejut apabila dikatakan ramai tidak tahu dia sudah berkahwin dengan wanita pilihannya, Shafeeqa, 27, pada Februari lalu.

“Isteri saya kini sudah hamil dan dijadualkan bersalin pada November nanti. Macam mana pula ramai tidak tahu saya sudah kahwin?

“Nak kata saya tak jemput, saya memang ada edarkan jemputan untuk majlis kami yang berlangsung di Johor ketika itu,” katanya.

Semakin aktif bergerak sendirian ketika ini, Atu juga menafikan dia cuba meminggirkan dua adik-beradiknya yang lain dan mengetepikan Zero.

Sebaliknya, dia sendiri sangat rindu bergerak bersama Syaiful dan Kadir selepas kali terakhir mengadakan akiviti secara berkumpulan bulan lalu.

“Ya, saya memang akui kerjaya solo sekarang sangat rancak. Rezeki semakin bertambah sejak mendirikan rumah tangga Februari lalu.

“Tawaran untuk persembahan solo saya lebih banyak berbanding berkumpulan. Syukur, mereka sangat menyokong dan sebenarnya tidak timbul langsung isu saya cuba pinggirkan Zero.

“Namun tidak mengapa, kami bakal menjayakan beberapa projek secara berkumpulan tidak lama lagi,” katanya.

Atu yang ditemui ketika pelancaran projek Volunteer Malaysia 2016 anjuran iM4U kelmarin gembira kerana dapat membabitkan diri dalam projek kebajikan.

Lebih istimewa, dia dapat menggunakan bakatnya dalam aktiviti itu.

“Saya berbesar hati apabila dipilih menjadi duta projek terbabit untuk edisi kali ini. Ia program yang sangat memberi manfaat kepada masyarakat dan saya memang lama nantikan untuk turut serta.

“Antara pecahan projek yang akan diadakan adalah berkisar seni. Lebih spesifik, ia dipanggil Public Art Movement dan saya bakal menyumbang bakat melukis untuk aktiviti itu kelak,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");