Jenayah

Buruh ugut cederakan ibu guna parang

KOTA BHARU: Seorang buruh tidak mengaku salah di Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam, atas tuduhan melakukan ugutan untuk mencederakan ibunya dengan parang.

Dakwaan terhadap tertuduh Mohd Shafie Sudin, 32, di buat di hadapan Majistret Mohd Firdaus Zainal Abidin.

Tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya Makalsom Hussin, 54, di hadapan sebuah rumah di Kampung Kubang Palas, Banggu di sini pada jam 7.30 malam, 9 September lalu.

Dalam kejadian itu tertuduh turut menyatakan “jika pengadu melepasi tiang di hadapan rumah dia akan menetak pengadu dan akan berlaku pertumpahan darah.”

Dakwaan terhadapnya didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ainun Zafirah Abdul Halim menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan berkenaan dikurangkan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan syarat hanya ahli keluarganya sahaja dibenarkan menjadi penjamin.

Mohd Firdaus menetapkan 3 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");