Sukan Hari Ini

Cabar raih gelaran utama

Kuala Lumpur: Permulaan bagus, tetapi tetap perlu buktikan di kejohanan besar seperti Siri Super.

Itu pandangan bekas pemain perseorangan lelaki negara, Hafiz Hashim mengenai kejayaan Zulfadli Zulkiffli muncul juara Terbuka Brazil pada Ahad lalu.

Menurutnya, memang Zulfadli berjaya muncul juara, tetapi sampai bila perlu menunggu juara remaja dunia 2011 itu hanya menyinar di pertandingan kecil, tetapi tidak menonjol di kejohanan besar.

“Saya lebih tertarik dengan kejayaan R Satheishtharan di Siri Antarabangsa Singapura, kerana dia pemain baru dan boleh mencatat kemenangan di sana,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Jelasnya, memang Zulfadli pernah beraksi di beberapa kejohanan besar dan berakhir dengan kekalahan, namun lambat-laun jika terus berusaha tidak mustahil dia mampu berada di kelas tersendiri.

“Kalah sekali, dua tidak mengapa kerana lambat laun akan berjaya juga nanti. Sama seperti ketika saya di bawah bimbingan Datuk Misbun Sidek apabila beliau menghantar kami ke kejohanan besar.

“Kami pergi asyik kalah saja, tapi akhirnya berjaya juga. Memang bagus untuk dia (Zulfadli) meraih keyakinan, tapi ketika peminat mengharapkannya beraksi di Olimpik, dia pula beraksi di kejohanan kecil.

“Saya sebenarnya mencabar dia untuk melakukan lebih dari itu. Pergi ke kejohanan besar dan raih status juara,” katanya yang muncul juara di Seluruh England pada 2003.

Zulfadli meraih kejayaan Terbuka Brazil selepas menumpaskan wakil India Anand Pawar 18-21, 21-11, 21-17, manakala Satheishtaran mengejutkan pilihan kesembilan dari Hong Kong Lee Cheuk Yiu 21-19, 19-21, 21-13.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");