Isu Panas

Cadangan beri lesen buat pinjaman bebankan rakyat

SHAH ALAM: Tindakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar memberikan lesen kepada pemaju untuk membuat pinjaman kepada pembeli perumahan diibaratkan akan membebankan rakyat.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, perkara ini berisiko tinggi dan mungkin membawa negara ke arah krisis gadai janji sub-prima yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) yang menjadi penyebab utama keruntuhan sistem kewangan pada tahun 2008.

Menurutnya, kadar faedah seakan riba yang ditetapkan pihak kementerian dalam kadar 12 peratus hingga 18 peratus adalah tidak rasional dan bakal menambah bebanan hutang peminjam dalam keadaan ekonomi kini.

“Data menunjukkan lebih daripada enam juta rakyat Malaysia berhutang RM6.53 bilion untuk memiliki rumah sendiri. Secara puratanya setiap rakyat Malaysia berhutang sebanyak RM208 juta tidak kira pangkat dan umur.

“Kadar faedah yang tinggi juga menyukarkan pembeli mendapatkan rumah impian mereka. Bagi pinjaman RM100,000 ke atas, kadar faedah yang dikenakan mestilah tidak melebihi 4 peratus dari BLR,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Noh berhubung cadangan untuk memberikan lesen kepada pemaju bagi membuat pinjaman.

Nurul Izzah berkata, berdasarkan dapatan kajian daripada harga index rumah Knight Frank’s Global , harga perumahan di negara ini meningkat sebanyak 7.2 peratus pada suku tahun kedua, di antara yang tertinggi di dunia berbanding AS, United Kingdom, Hong Kong dan Singapura.

Katanya, golongan berpendapatan rendah semakin bertambah saban tahun akibat masalah ekonomi negara seterusnya menyebabkan rakyat akan terperangkap dengan kemiskinan sekiranya gagal melunaskan biaya pinjaman perumahan.

“Adakah sistem R20 ini merupakan satu sistem pendekatan yang hanya menguntungkan pemaju terpilih.

“Adakah ini bukti bahawa program MyDeposit yang diumumkan Perdana Menteri dalam bajet 2016 sebagai satu program yang gagal,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");