Sukan Hari Ini

Conte kritik sikap pemain Blues

PENGENDALI Chelsea, Antonio Conte mengkritik sikap pemainnya selepas kalah 0-3 kepada Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi semalam.

Menurutnya, pemain The Blues tidak menunjukkan sikap dan semangat yang sepatutnya sejak minit pertama perlawanan bermula.

“Saya rasa seawal sepak mula pemain telah gagal tunjukkan sikap dan permainan yang baik. Mereka seperti main sambil lewa dan tidak bersemangat.

“Arsenal pula bermain cemerlang dengan taktikal yang tersusun dan lebih bersedia dari aspek fizikal,” katanya.

Bagaimanapun, Conte tidak mahu menyalahkan seorang pemain walaupun banyak kesilapan individu termasuk yang dilakukan pertahanan Gary Cahill sehingga membawa kepada gol pertama Arsenal.

“Selepas kekalahan hari ini, kami tahu banyak yang perlu diperbaiki. Malah, saya tidak mahu menyalahkan individu di sebalik kekalahan ini. Kami kalah sebagai sebuah pasukan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");