Sukan Hari Ini

Cungkil bakat pelumba

Dungun: Seramai 300 pelajar lima sekolah di sekitar daerah ini tampil mengambil bahagian dalam Kayuhan Amal Pelajar (KAP) yang julung kali diadakan, baru-baru ini.

Sekolah yang mengambil bahagian dalam program berkenaan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Dungun, SMK Sultan Omar, SMK Balai Besar, SMK Sri Rasau dan SMK Sura Dungun, Terengganu.

Penganjuran KAP itu bertujuan mengumpul dana bagi melaksanakan program akademik tambahan di sekolah selain memupuk semangat patriotik dan pendedahan dalam bidang sukan berbasikal dalam kalangan pelajar.

Program anjuran bersama Unit Kokurikulum SMK Seri Dungun, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Dungun, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Seberang Pintasan, JKKK Kampung Balik Bukit dan JKKK Kampung Teluk Bidara Dungun itu dirasmikan Pegawai Pembangunan Daerah Dungun Datuk Din Adam.

Penolong Kanan Kokurikulum SMK Seri Dungun Norhayati Salim berkata, kayuhan bermula di Dewan Seri Gemilang SMK Seri Dungun dan berakhir di Dewan Sivik Seberang Pintasan Dungun sejauh tujuh kilometer yang turut disertai beberapa guru pengiring.

“Kayuhan amal ini juga program berkonsepkan amal dan sihat serta bertujuan mengutip dana untuk mengisi tabung akademik pelajar di samping memupuk semangat patriotik tinggi dalam kalangan generasi muda kerana turut mengibarkan Jalur Gemilang semasa mengayuh basikal.

“Kami juga berhasrat memupuk semangat kesukanan tinggi dalam bidang sukan berbasikal dalam kalangan pelajar sekolah bagi mencari pelapis yang cemerlang termasuk sebagai persediaan mewakili negeri dalam sukan itu pada masa depan,” katanya.

Norhayati berkata, lebih menarik program bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 1 petang itu juga diisi dengan ceramah kepentingan sukan berbasikal yang boleh mengharumkan nama negara.

“Jika boleh, kami mahu memupuk lebih ramai atlet seperti Azizulhasni Awang dari Terengganu yang cemerlang dalam sukan berbasikal di Sukan Olimpik Rio baru-baru ini,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");