Berita Hari Ini

Dasar Dadah Negara perlu dipinda

Nilai: Dasar Dadah Negara perlu dipinda supaya tindakan lebih setimpal boleh dikenakan kepada pengedar dadah kecil-kecilan.

Dasar yang diperkenalkan pada 2004 itu, tidak menyeluruh dalam menangani isu penyalahgunaan dan penagihan dadah di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dasar sedia ada itu hanya dapat mengambil tindakan membabitkan kesalahan besar mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB).

“Pengedar dadah kecil-kecilan hanya dikenakan hukuman ringan seperti dipenjara untuk tempoh singkat dan apabila dibebaskan, mereka kembali mengedar dadah semula.

“Ini yang kita cuba elak. Kita mahu mereka juga dikenakan hukuman untuk satu tempoh yang lama bagi mengekang kegiatan pengedaran daripada berleluasa,” katanya pada sidang media selepas syarahan umum ‘CEO Faculty Programme’ di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

Khalid berkata, pihaknya sudah mengemukakan cadangan itu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), baru-baru ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");