Jenayah

Denda RM5,000 jual pelekat sijil tulen

Shah Alam: Seorang pekerja pusat kecantikan menitiskan air mata sebaik didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas kesalahan menjual pelekat sijil ketulenan (COA) Microsoft Windows, Selasa lalu.

Tertuduh, Wong Mei Leng, 33, membuat pengakuan bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan untuk pembekalan pelekat COA Microsoft Windows 10 Pro sebanyak 48 unit dan pelekat COA Microsoft Windows 7 Pro sebanyak 60 unit menggunakan perihal dagangan palsu.

Perbuatan itu dilakukan di restoran makanan segera di SS2, Petaling Jaya, 6 September lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 (2) (c) Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan denda RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun bagi setiap sijil.

Berdasarkan fakta kes, pada jam 2.50 petang, pasukan penolong pengawal Perihal Dagangan menjalankan pemeriksaan bersama wakil pemilik cap dagang Microsoft Corporation di restoran itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");