Membawang Hari Ini

Diana Danielle dan ibu pernah susah, hidup menumpang

KUALA LUMPUR: Pelakon, Diana Danielle mengakui dia dan ibunya, Norsiah Ramli pernah hidup susah hingga terpaksa menumpang di rumah orang namun mensyukuri pengalaman berharga itu yang dirasakan mematangkan diri.

Diana, 25, meluahkan perasaan yang sekian lama dipendam menerusi perkongsian kapsyen berserta gambar bersama suami, Farid Kamil dan anak sulungnya, Muhammad di akaun Instagram @dianadanielleb.

“Ibu saya bekerja keras sehingga saya ditempatkan di sekolah antarabangsa, duduk di pangsapuri mewah dan bercuti di luar negara. Tetapi semuanya hilang apabila dia disahkan menghidap kanser. Selepas itu kami menumpang rumah orang kerana tidak mampu membayar sewa.

“Biarpun ibu pulih, namun dia tidak mempunyai kudrat untuk terus bekerja hinggakan pada satu ketika kami mengalas perut berbekalkan nasi lemak berharga seringgit selama sebulan. Malah ada ketikanya kami hanya menjamah roti dan mi segera sejuk.

“Kesempitan hidup kian meruncing hingga saya tidak bersekolah ketika berusia 14 dan 15 tahun. Ibu kemudiannya mengalami kemurungan apabila ada pihak yang mencerca kami dengan pelbagai tuduhan membabitkan bapa saya.

“Saya kemudiannya bekerja separuh masa sebagai penyanyi untuk membantu ibu dan menyimpan impian bapa akan mencari kami selepas saya menjadi popular.

“Segala yang berlaku menjadi saya insan pada hari ini dan bersyukur dengan apa yang dimiliki. Terima kasih Allah kerana mengurniakan saya suami yang penyayang dan dua cahaya mata sebagai pelengkap keluarga kecil saya,” luahnya.

Mengenali peribadi Diana, beliau memilih untuk meletakkan batas antara kerjaya dan keluarga namun pendedahan yang dibuat di sosial media dilihat sebagai perkara yang agak mengejutkan.

Keterbukaan ibu kepada dua cahaya mata itu untuk berkongsi pengalaman lalu meraih sokongan peminat yang rata-rata memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kebahagiaannya sekeluarga.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");