Jenayah

Dirantai, dikurung, dipukul

Alor Setar: Polis menyelamatkan sembilan lelaki warga asing yang menjadi mangsa permerdagangan manusia di rumah di Felda Kampung Charok Keladi, Pokok Asam, Pendang, hari ini.

Dalam serbuan 1.30 pagi itu, polis turut menahan enam lelaki berusia 15 hingga 38 tahun dipercayai terbabit dalam kegiatan permerdagangan manusia.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, enam mangsa warga Bangladesh diculik di tapak pembinaan di Sungai Petani, 29 Ogos lalu sebelum dikurung dan dirantai di rumah itu.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat kemudian menjalankan operasi khas dan menyerbu rumah itu awal pagi tadi sebelum menyelamatkan mangsa.

“Malah ketika serbuan itu dua lelaki warga Bangladesh yang diculik di Kuala Lumpur dan seorang lelaki Myanmar diculik di Perak turut diselamatkan.

“Kesemua mangsa berusia 22 hingga 45 tahun ditemui dalam keadaan lapar dan turut ditemui kesan dipukul dengan batang paip getah,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

Asri berkata, siasatan mendapati suspek meminta wang tebusan daripada keluarga mangsa di negara asal mereka jika mahu dibebaskan malah dua keluarga turut membayar wang tebusan RM22,000 melalui perkhidmatan pengiriman wang antarabangsa.

“Turut dirampas 18 telefon bimbit pelbagai jenama, dua parang, pelbagai jenis besi dan kayu, van dan rantai besi serta mangga.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961, Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana pengurungan salah dan Seksyen 13 Akta Anti Permerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007Â ,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");