Sukan Hari Ini

Durica dakwa kemenangan England diatur

LONDON: Tonggak pertahanan Slovakia, Jan Durica mendakwa kemenangan England ke atas pasukannya sudah diatur.

Durica membuat dakwaan serius itu selepas menyifatkan badan-badan induk bola sepak mahu England melepasi saingan peringkat Kumpulan F pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.

Durica, mendakwa pengadil dari Serbia, Milorad Mazic hanya menunggu untuk melayangkan kad merah kepada Martin Skrtel dan membuatkan Slovakia bermain dengan 10 pemain bagi memastikan mereka tewas kepada England.

“Hanya ada satu tempat untuk Piala Dunia.

Kenapa pula Slovakia yang perlu berada di sana ketika kita mempunyai England dalam kumpulan?

“Sudah pasti, mereka lebih gemar pasukan yang lebih kuat. Kemungkinan pengadil tahu bagaimana cara untuk melakukannya.

“Semuanya berubah selepas kad merah yang dilayangkan kepada Skrtel. Saya fikir pengadil hanya menunggu Skrtel melakukan kekasaran, kami jelas tidak gembira,” kata Durica yang hampir pasti disoal siasat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana mempersoalkan integriti pengadil perlawanan. – Agensi/mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");