Sukan Hari Ini

Elavarasan tuntut pemain PKNS beri aksi terbaik

PENGENDALI PKNS FC, E Elavarasan menyifatkan pertembungan dengan ATM pada perlawanan Liga Perdana Jumaat ini sebagai perlawanan penting.

Katanya, pasukannya tidak boleh ambil mudah meskipun lawannya itu kini berada di dua tangga tercorot liga Perdana.

“Ini perlawanan penting buat kedua-dua pasukan. Kami mahu mengejar kedudukan dua terbaik, dan ATM pula mahu menjarakkan diri dari kedudukan bahaya.

“Jadi ianya sudah pasti bukan mudah untuk kami, namun kami akan bersedia untuk perlawanan itu dan cuba memastikan tiga mata penting dapat dicapai,” katanya.

Dalam pada itu, Elavarasan turut mengharapkan pertembungan dua pendahulu liga, Melaka United dan JDT II memberi kelebihan buat pasukannya.

“Saya amat berharap Melaka United dapat mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan itu. Selain untuk memastikan kejuaraan mutlak liga Perdana, ia juga dapat memberikan kelebihan buat kami untuk naik ke tangga kedua jika kami menang dengan ATM.

“Kami akan bertemu lawan yang sukar untuk dua perlawanan terakhir.

“Jadi, saya amat mengharapkan keputusan positif daripada perlawanan minggu ini untuk menyuntik semangat pemain,” katanya lagi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");