Membawang Hari Ini

Elfira Loy masuk hospital

Kuala Lumpur: Pelakon, Elfira Loy dimasukkan ke hospital di Cheras, di sini, malam tadi akibat gastrik.

Elfira, 22, berkata, dia tiba-tiba sakit perut dan terus ke hospital berkenaan untuk membuat pemeriksaan petang semalam.

“Saya sepatutnya dimasukkan ke wad pada waktu itu juga, tetapi saya meminta pelepasan daripada doktor untuk hadir ke satu majlis terlebih dahulu.

“Bagaimanapun, ketika berada di majlis itu, sakit perut semakin menjadi-jadi dan saya terus dibawa ke hospital berkenaan. Saya kemudian terpaksa ditahan di wad kira-kira jam 9 malam,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Elfira, doktor memaklumkan dia sudah dijangkiti kuman disebabkan gastrik itu.

“Kalau gastrik biasa, kebiasaannya tidak akan ditahan lama di wad terlalu lama tetapi disebabkan ada jangkitan kuman, saya terpaksa ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

“Doktor juga belum memaklumkan bila saya boleh dibenarkan pulang. Apa pun, semuanya bergantung kepada keadaan kesihatansaya,”katanya.

Elfira kini sedang menjalani rawatan turut ditemani keluarganya di hospital.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");