Jenayah

Enam nelayan Indonesia ditahan di perairan P.Pinang

GEORGETOWN: Enam nelayan Indonesia yang sedang leka menangkap ikan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang pada kedudukan 29.1 batu nautika barat daya Pulau Kendi, dekat sini semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Azman Samsudin berkata, seorang tekong dan lima awak-awak itu ditahan dalam rondaan bot APMM pada 5.24 petang.

“Semua lelaki berusia 15 hingga 36 tahun itu gagal menunjukkan pengenalan diri yang sah dan mereka mengaku berasal dari Pantai Labu, Medan di Indonesia,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata bot terbabit dibawa balik ke Jeti Limbungan Batu Maung manakala peralatan ikan dan hasil tangkapan ikan dengan anggaran berat 100 kilogram dirampas. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");