Sukan Hari Ini

England tak idam bida Euro 2024

London: England tidak mungkin membida kejohanan Euro 2024 kerana empat tahun selepas negara itu menjadi hos peringkat akhir kejohanan sebelumnya, umum Pengerusi Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris, Greg Clarke (gambar).

Separuh akhir dan final kejohanan berikutnya akan diadakan di Wembley, satu daripada 13 gelanggang di seluruh Eropah yang akan menjadi hos bersama edisi ulang tahun ke-60 kejohanan sebenua itu.

Jerman meminta sokongan England untuk membida hos Euro 2024 dan sebagai balasan, mahu memberi sokongan kepada bidaan England bagi kejohanan berikutnya empat tahun kemudian.

“Ia pasti satu permintaan yang berat untuk menjadi hos Euro 2024 selepas menjadi hos final pada 2020,” ujar Clarke selepas melancarkan logo Euro 2020 di London.

Clarke turut seolah-olah mengambil pendekatan berhati-hati, mengambil contoh kegagalan bidaan England bagi Piala Dunia 2018, yang tidak melepasi undian pusingan pertama.

“Kami sudah mengkaji perkara ini berkali-kali dan lembaga memutuskan kami melihat kepada bidaan berdasarkan kes satu persatu,” katanya.

“Kali terakhir (bidaan Piala Dunia) menyaksikan kami berbelanja £18 juta (RM97 juta) dan kami tidak berpeluang langsung untuk menang.” – Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");