Membawang Hari Ini

Faizal sasar sambung pengajian di UK pada 2018

KUALA LUMPUR: Personaliti, Faizal Ismail, berharap beliau dapat menunaikan impian menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dalam jurusan Perhubungan Antarabangsa di United Kingdom (UK) pada 2018.

Menurut bekas penyampai Hot FM itu, sudah sekian lama beliau memendam hasrat menimba ilmu di perantauan selain membawa keluarga bersamanya.

Begitupun, kata lelaki yang turut dikenali sebagai pengacara ini, impian itu hanya akan dapat dilaksanakan selepas segala tanggungjawabnya di sini dilunaskan.

“Sudah lama saya menyimpan impian untuk menyambung pelajaran ke luar negara, namun hasrat itu tertangguh kerana sibuk dengan komitmen kerja. Oleh itu, saya menyasarkan tahun 2018 sebagai waktu paling sesuai untuk berbuat demikian.

“Saya turut membawa keluarga bersama kerana ingin memberi pendedahan kepada anak-anak melihat negara luar. Malah, sahabat saya yang menetap di sana turut mengalu-alukan kehadiran kami dan ia menguatkan lagi keputusan yang diambil,” katanya kepada BH Online.

Faizal menjelaskan, beliau turut mengintai peluang memulakan perniagaan pelancongan bersama sahabatnya di sana, manakala isterinya pula berhasrat membawa bisnes daging hitam yang diusahakan untuk pasaran UK.

“Tiada tempoh yang ditetapkan untuk berada di UK kerana selain belajar, saya ingin mencari peluang rezeki memulakan perniagaan di sana. Saya dan isteri mempunyai beberapa perancangan untuk masa depan keluarga kami di tempat berkenaan,” kata Faizal.

Mengulas mengenai kemunculannya bersama-sama AG dan Fara Fauzana di stesen Kool FM, pagi esok, Faizal berkata ia pasti mengembalikan nostalgia tiga tahun lalu ketika mereka bertugas di konti Hot FM mengendalikan segmen pagi, Hot FM AM Krew.

“Saya melihat peluang itu sebagai satu tawaran yang dapat mengembalikan nostalgia kami bertiga pada satu ketika dulu. Lagipun, idea itu tercetus bagi menggantikan tempat pengendali segmen pagi bersama AG, Liza, yang sedang bercuti,” kata Faizal secara ringkas.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");