Sukan Hari Ini

Gareth Bale Diberi Perlindungan Selepas Sepupu Tunang Dilapor Hilang

PETALING JAYA: Pemain bola sepak Gareth Bale dan tunangnya Emma Rhys-Jones menerima perlindungan daripada pihak polis selepas seorang saudara mereka hilang bersama barang-barang berharga yang dikaitkan dengan kumpulan dadah.

Epiphany Dring, 27, yang merupakan seorang model kali terakhir dilihat oleh keluarganya lima minggu lalu dan polis British percaya dia mungkin berada di Malaysia, lapor Daily Mail.

Dring adalah sepupupu kepada Rhys-Jones.

Menurut Daily Mail, bilik hotel Bale telah dilindungi oleh anggota polis bersenjata selepas saudara tunangnya itu dipercayai hilang bersama sebuah beg yang mengandungi barang-barang berharga dianggarkan bernilai sekitar £1 juta (RM5,349,800).

Beg pakaian itu mengandungi jam tangan, dadah dan wang tunai £300,000 (RM1,600,710).

Keluarga kepada tunang Bale telah menjadi sasaran dalam beberapa serangan berkaitan beg itu yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan persengketaan geng dadah.

Turut dilaporkan bahawa kereta yang milik datuk dan nenek kepada ibu saudara Rhys-Jones telah dibakar di utara Wales.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");