Jenayah

Geng Kechik tumpas

Pasir Gudang: Polis menumpaskan kumpulan penjenayah pecah rumah dan curi kenderaan dikenali Geng Kechik yang aktif di sekitar Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kejayaan itu adalah hasil tangkapan ke atas lima suspek berusia 21 hingga 46 tahun dalam empat siri serbuan di Masai dan Plentong di sini.

Katanya, terdahulu geng berkenaan memecah masuk rumah pegawai kanan kastam di Taman Bukit Dahlia di sini dan melarikan pelbagai barangan bernilai lebih RM300,000 termasuk dua kereta pada 1 September lalu.

“Hasil risikan dan maklumat yang diterima, polis menahan suspek termasuk dalang utama semalam.

“Turut dijumpai barangan mangsa yang dilarikan termasuk dua kereta,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, kejayaan menumpaskan Geng Kechik dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya tujuh kes pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Johor Bahru.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");