Sukan Hari Ini

Griezmann wira Atletico

Madrid: Antoine Griezmann sekali lagi muncul wira Atletico Madrid dengan gol kemenangan apabila naib juara Liga Juara-Juara musim lalu melonjak ke tangga ketiga La Liga selepas menang 1-0 ke atas Deportivo la Coruna yang beraksi dengan 10 pemain.

Bagaimanapun kemenangan tuan rumah itu dibayangi kecederaan ligamen lutut yang dialami pemain tengah Augusto Fernandez sebelum separuh masa pertama yang menyebabkannya tidak dapat beraksi pada baki musim ini.

Jose Maria Gimenez juga terpaksa digantikan pada babak pertama akibat kecederaan pangkal paha dan dijangka terlepas aksi Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich.

Pemain sayap Maghribi Faycal Fajr mencemari permulaan cemerlang 45 minit buat pasukan pelawat apabila dilayangkan dua kad kuning sebelum tamat separuh masa.

Atletico mensia-siakan beberapa peluang pada separuh masa kedua, namun berjaya memecah kebuntuan 20 minit sebelum tamat apabila Griezmann menjaringkan gol kelima musim ini.

Anak buah Diego Simeone kini ketinggalan dua mata berbanding pendahulu Real Madrid dan kini menghampiri Barcelona dengan satu mata. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");