Membawang Hari Ini

Hamil bukan jadi masalah

Walaupun hamil, Kareena Kapoor tetap meneruskan karier seninya.

Pada masa sama, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira bakal bergelar ibu.

Jika pada awal perkahwinan dengan aktor Saif Ali Khan, Kareena pernah berkata tidak mahu hamil, tetapi pendiriannya kini berubah.

Kareena dikatakan tidak sabar menjadi ibu dan bangga dengan perutnya yang kian membesar.

“Saya sangat gembira jadi kenapa perlu sorokkan perut yang besar ini,” katanya.

Sebelum ini, sutradara Rohit Shetty memaklumkan dia teragak-agak melamar Kareena menjayakan filem Golmaal kerana pelakon itu sedang hamil.

Pun begitu, Kareena meyakinkan Rohit dia boleh bekerja seperti biasa meskipun berbadan dua.

“Kenapa takut panggil saya berlakon? Saya masih boleh berlakon siang hari dan berehat pada sebelah malam. Tiada masalah.

“Saya wanita yang suka bekerja. Sejak kecil saya mahu jadi pelakon. Saya akan terus berlakon sehingga berusia 80 tahun,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");