Sukan Hari Ini
Like

Hammers tagih pengalaman Arbeloa

September 5, 2016
271 Views
0 Comments
50 seconds read
Hammers tagih pengalaman Arbeloa

PENGURUS West Ham United, Slaven Bilic menegaskan pengalaman dimiliki Alvaro Arbeloa menjadi faktor utama sebab dia merekrut pemain Sepanyol itu.

Arbeloa yang dilepaskan Real Madrid selepas kontraknya tamat mengikat perjanjian selama setahun bersama The Hammers.

Pemain berusia 33 tahun itu akan bersaing dengan Michail Antonio dan Sam Byram untuk mengisi posisi bek kanan.

“Jangan salah faham. Arbeloa datang ke sini sebagai pemain bukannya penumpang, bukan sebagai pelatih mahupun mentor.

“Dia ke sini untuk memperkuatkan benteng pertahanan pasukan. Pengalaman 10 tahunnya bersama Real Madrid dapat membantu kami,” katanya.

Ini adalah kelab Inggeris kedua Arbeloa selepas beraksi bersama dengan Liverpool dari 2007 hingga 2009.-sinar harian

Komen & Pendapat

Leave a Reply