Membawang Hari Ini

Harith Iskander Terpilih Rebut Gelaran ‘Funniest Person In The World’

PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara, Harith Iskander bakal berentap dengan 89 calon daripada seluruh dunia bagi merebut gelaran juara dalam pertandingan Funniest Person In The World yang akan diadakan di Helsinki, Finland pada Disember ini.

Harith menerusi laman Facebooknya berkata, pemilihannya mewakili negara bersama seorang lagi peserta iaitu Dr Jason Leong dapat mengangkat komedi Malaysia di peringkat global.

“Saya terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan Funniest People In The World anjuran Laugh Factory.

“Hanya Seorang wakil dari setiap negara akan mara ke pusingan akhir.

“Untuk itu, saya memerlukan ‘like’ dan ‘share’ anda semua. Sudah tiba masanya komedi Malaysia diangkat di mata dunia!,” katanya.

Pertandingan itu bakal menyaksikan hanya 20 pelawak yang mendapat undian tertinggi akan mara ke peringkat separuh akhir manakala lima peserta sahaja akan bersaing bagi merebut gelaran juara diperingkat akhir.

Undian peringkat pertama dibuka sejak 1 September lalu sehingga 1 Oktober depan.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD100,000 (RM400,000) selain berpeluang mengadakan persembahan jelajah di Amerika Syarikat.

Peminat boleh membuat undian di http://bit.ly/VoteForHarith

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");