Berita Hari Ini

Hartanah Iskandar Malaysia terlebih?

JUMLAH rakyat Singapura didapati semakin berkurangan membeli hartanah di Iskandar Malaysia, lapor China Press.

Menteri Pembangunan Negara Singapura, Lawrence Wong Shyun Tsai ketika dalam sesi soal jawab di Parlimen menjelaskan, sejak beberapa tahun lalu, ramai rakyat Singapura gemar membuat pelaburan dengan membeli rumah kediaman mahupun lot-lot pejabat dan kedai yang dibina di Iskandar Malaysia.

“Bagaimanapun, akibat projek perumahan terlalu banyak, ia menunjukkan kelebihan daripada permintaan di pasaran sehingga menjejaskan minat rakyat Singapura untuk terus membuat pelaburan di situ.

“Perangkaan menunjukkan urusan jual beli yang dilakukan oleh rakyat Singapura di Iskandar Malaysia telah menurun sebanyak 30 peratus,” katanya

Kata Lawrence, secara keseluruhannya, pada 2014, jumlah unit hartanah yang dibeli oleh rakyat Singapura di Malaysia adalah 838 unit tetapi telah berkurangan sebanyak 71 peratus iaitu kepada 241 unit pada tahun lalu.

“Penurunan nilai wang Ringgit Malaysia bukan menjadi faktor utama kenapa rakyat Singapura tidak berminat beli hartanah di Iskandar Malaysia, sebaliknya apa yang lebih menjadi kebimbangan pelabur ialah nilai hartanah di situ akan menurun secara mendadak akibat jumlah yang berlebihan,” katanya.

Difahamkan, apartmen baharu yang siap dibina di Johor Bahru ialah sebanyak 27,459 unit, manakala unit baharu yang dijangka siap pada tahun depan sebanyak 22,131 unit.

Dengan kata lain, jumlah unit apartmen baharu yang bakal dijual kepada orang ramai ialah sebanyak 49,590, satu jumlah yang amat banyak untuk sedia dibeli oleh rakyat tempatan dan Singapura.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");