Berita Hari Ini

Hospital Langkawi dapat mesin hemodialisis baru

Langkawi: Hospital Langkawi (HL) di sini, hari ini, menerima dua unit mesin hemodialisis baru sumbangan Persatuan Akhlak Masyarakat Cina Pekan Kuah dan Persatuan Pengusaha Ikan Bilis Langkawi, sekali gus dapat mempertingkatkan perkhidmatannya untuk pesakit buah pinggang.

Penambahan mesin baru keseluruhan bernilai RM80,000 itu menjadikan HL kini memiliki 30 unit mesin bagi kegunaan 120 pesakit mendapatkan rawatan bergilir-gilir setiap hari.

Penyerahan mesin itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan negeri, Datuk Dr Leong Yong Kong kepada Pengarah HL, Dr Mansor Ismail.

Turut hadir Pengerusi MCA yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Pelawat HL, Datuk Chen Liau Weng.

Ketika ditemui, Dr Mansor berkata, sebelum ini HL yang baru menyambut ulang tahun ke-100 tahun lalu mempunyai 28 mesin hemodialisis dan lapan daripadanya beroperasi lebih 10 tahun.

Katanya, menerusi sumbangan itu pihaknya yakin mampu menampung keperluan 120 pesakit di hospital itu, selain ratusan pelancong yang turut menggunakan kemudahan itu pada setiap tahun.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");