Perak Hari Ini

Ibadah Korban Jadi Tarikan Pelancongan

IPOH: Ibadah korban yang dilaksanakan sempena Hari Raya Aidiladha dapat dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, ia secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada para pelancong untuk melihat sendiri proses ibadah korban berkenaan.

perak-today-3

“Ini merupakan kali pertama kita adakan program korban perdana yang mana kita telah memilih Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) kerana ia tersenarai dalam pakej Jejak Masjid di negeri ini.

perak-today-1

“Program ini juga mengambil peluang untuk menarik lebih ramai pelancong bersama-sama yang mana kita dapat lihat ada beberapa pasaran daripada negara jiran kita yang boleh kita tarik sebagai pakej istimewa sempena perayaan Aidiladha,” katanya.’

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Korban Perdana 2016 di Masjid Muhammadiah, Taman Tasek Jaya di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Tourism Malaysia Perak, Ibrahim Seddiqi Talib dan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Perak, Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah.

Program Korban Perdana 2016 berkenaan telah dianjurkan secara bersama oleh Tourism Malaysia dan Tourism Perak dengan kerjasama Macma dan Persatuan India Muslim Perak (PRIM).

perak-today-8

Pada majlis itu, sebanyak lapan ekor lembu telah dikorbankan dan kemudiannya diedarkan kepada hampir 500 orang termasuk fakir miskin, asnaf, golongan yang memerlukan dan juga orang ramai.

Tambah Nolee lagi, Singapura antara merupakan negara yang cuba ditarik untuk terlibat dalam program kali ini.

“Kita tahu Singapura keadaannya berbeza kerana tiada proses penyembelihan secara terbuka jadi ramai yang datang ke Malaysia sebagai satu proses untuk menjalankan ibadah korban.

perak-today-5

“Jadi kita nak ketengahkan elemen sambuatan Hari Raya Aidiladha ini bersamaan dengan pakej jejak masjid negeri Perak.

“Selain itu, kita akan mewujudkan pakej untuk golongan muslim di seluruh dunia khasnya dari Eropah dan negara-negara ASEAN yang mana mungkin sekali bercuti raya mereka juga boleh mengadakan ibadah korban di negara ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak KTMB yang mengadakan pakej istimewa untuk membawa pengunjung datang ke program tersebut.

perak-today-7

“Kita akan teruskan pada masa depan yang mana kita akan memilih antara lapan masjid yang tersenarai dalam Jejak Masjid itu,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, pada tahun hadapan, Masjid Negeri pula akan dipilih untuk menjadi lokasi kedua bagi ibadah korban Perdana berkenaan.

“Kita mengalu-alukan lebih ramai pihak untuk menjalinkan kerjasama dengan kita dan kita akan meuar-uarkan perkara tersebut nanti,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");