Membawang Hari Ini

Impian Ren terlaksana

Walaupun Ren Ryzam, 30, berjaya sebagai jurusolek dan ahli perniagaan, impian bergelar penyanyi tidak pernah padam.

Ren berkata, dia suka menyanyi sejak berusia enam tahun malah ‘bintang’ di sekolah.

“Kawan dan guru semua tahu saya suka menyanyi dan jika ada acara di sekolah, sayalah yang akan jadi penghiburnya. Ia berlarutan sehingga saya menyambung pengajian di universiti.

“Selepas tamat Diploma Pengurusan, saya pernah mencuba nasib dalam uji bakat Akademi Fantasia musim kelima. Meskipun berjaya melepasi semua peringkat, saya gagal menempatkan diri sebagai peserta AF.

“Saya juga pernah menyertai uji bakat Mentor dan tersenarai dalam Top 10,” katanya.

Ren tidak pernah putus asa ‘menjual’ bakatnya apabila menyertai pertandingan Irama Asli Remaja dan Irama Malaysia anjuran RTM. Menerusi dua pertandingan itu, dia berjaya mara ke pentas final.

Manakala dalam pertandingan Sayembara Puisi anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pula, dia berjaya meraih tempat ketiga. Ketika menyertai pertandingan itu dia berpeluang berguru dengan aktivis seni terkenal Fauziah Nawi, Aminah Raphor dan Siti Hajar.

Penantiannya berakhir apabila Apple Sound Studio berminat dengan demo nyanyiannya dan menemukannya dengan komposer Saiful Nizam.

“Tak sangka, segalanya dipermudahkan apabila Saiful Nizam mencipta lagu untuk saya berjudul Harusnya Kau Tahu. Liriknya mengisahkan cinta yang tidak kesampaian yang ada kena-mengena dengan perjalanan hidup saya sendiri.

“Selepas dua kali berlatih saya terus merakamkan lagu ini. Lagu ini siap sepenuhnya minggu lalu dan diharap ia diterima pendengar serta diputarkan di radio.

“Kepercayaan yang diberikan Apple Sound Studio memberi harapan kepada saya untuk berjaya dalam bidang nyanyian,” katanya.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");