Berita Hari Ini

Individu gemar menyendiri cenderung jadi ‘lone wolf’

KUALA LUMPUR – Individu yang gemar menyendiri lebih berkemungkinan akan terdorong untuk menjadi penyerang solo atau dikenali sebagai ‘lone wolf’ dalam gerakan militan Daesh.

Penasihat Persatuan bagi Membanteras Keganasan dan Profesional Keselamatan Antarabangsa (IACSP) Asia Tenggara Kol (B) Martin Daniel Bannon berkata majoriti penyerang solo ini mendapat ilham daripada pengganas dan menyalahtafsirkan? konsep jihad dalam Islam.

“Mereka akan menunjukkan rasa simpati sebelum membuat keputusan melancarkan serangan sendiri serta menganggapnya sebagai suatu jihad dan kita perlu mengenal pasti kumpulan manusia seperti ini kerana mereka adalah berbahaya,” katanya kepada Bernama pada Simposium Keselamatan dan Penyampaian Anugerah Asean di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat dua jenis penyerang solo iaitu mereka yang terpengaruh oleh media sosial dan yang dipengaruhi televisyen.

“Mereka yang terpengaruh oleh media sosial lebih mudah dikesan, tetapi bagi yang terpengaruh oleh kumpulan pengganas melalui televisyen, tiada cara untuk kita mengenali mereka.

“Tidak ada petunjuk untuk mengenal pasti penyerang solo dan tidak ada perisian atau teknologi untuk meramal mereka,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");