Berita Hari Ini

Isteri KM Sarawak antara penerima darjah kebesaran

MIRI – Puan Sri Jamilah Anu, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini menerima pingat Datuk Amar Bintang Kenyalang yang membawa gelaran ‘Datuk Amar’.

Jamilah merupakan antara 43 penerima darjah kebesaran dan bintang sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-80 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang diadakan di sini hari ini.

Turut menerima anugerah ialah Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan Pengerusi

Eksekutif OBYU Sdn Bhd Tan Sri Bustari Yusuf yang masing-masing menerima pingat Panglima Negara Bintang Sarawak dengan membawa gelaran ‘Datuk Sri’.

Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Nancy Shukri turut menerima anugerah dengan menjadi penerima tunggal pingat Panglima Gemilang Bintang Kenyalang yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri wanita pertama Dr Sabariah Putit, Setiausaha Kementerian Kemudahan Awam Ubaidillah Abdul Latip dan Ketua Pendaftar

Mahkamah Bumiputera Sarawak Ganie Ugay pula menerima Pingat Jasa Bakti Sarawak yang membawa gelaran ‘Datu’.

Datin Amar Juma’ani Tunku Bujang, isteri kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg adalah antara tujuh penerima Pingat Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Untuk anugerah lain, seorang menerima Johan Bintang Sarawak serta masing-masing tiga orang menerima Johan Bintang Kenyalang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang, Pegawai Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang dan Pingat Perkhidmatan Bakti.

Ahli Bintang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang, Pingat Perkhidmatan Terpuji dan Bentara Bintang Sarawak dianugerahkan masing-masing kepada tiga penerima.

Turut hadir di majlis tersebut ialah menteri kabinet negeri serta ketua jabatan persekutuan dan negeri.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");