Isu Panas

Isu BUCG, kerajaan Pulau Pinang didakwa berbohong

GEORGETOWN: Parti Gerakan negeri mendakwa Kerajaan Pulau Pinang berbohong dalam isu pengguguran Beijing Urban Construction Group (BUCG) bagi pembinaan projek terowong dasar laut yang dirancang di negeri itu.

Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN negeri, Jason Loo, berkata alasan dikemukakan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP berhubung pengguguran BUCG didapati bertentangan dengan kenyataan keluarga mangsa insiden kren di sebuah tapak projek milik syarikat terbabit di Kuala Lumpur, bulan lalu.

“Keluarga mangsa memaklumkan pihaknya tidak mempunyai masalah dengan syarikat pemaju berkenaan (BUGC), selain berpuas hati dengan penjelasan, pembelaan dan pampasan dikemukakan BUCG.

“Malah, ibu bapa mangsa sudah mencapai kata sepakat dengan BUCG untuk tidak memperbesarkan isu berkenaan sebagai tanda hormat terhadap anak perempuan mereka yang mati dalam insiden berkenaan,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, hari ini.

Selasa lalu, Kerajaan Pulau Pinang memaklumkan BUCG digugurkan daripada projek terbabit berikutan nahas kren yang meragut nyawa seorang wanita berasal dari Pulau Pinang, di sebuah tapak projek milik syarikat itu di Kuala Lumpur, 25 Ogos lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, menegaskan kerajaan negeri tetap dengan pendirian melarang syarikat itu beroperasi di negeri ini disebabkan keengganan mereka bertanggungjawab di atas kemalangan berkenaan.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");