Laporan Eksklusif

Isu Xavier Justo Tak Pernah Dibangkitkan

KUALA LUMPUR : Isu berkaitan bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) Ltd, Xavier Justo tidak pernah dibangkitkan dalam Rundingan Tahuna. Malaysia-Thailand kali ke-6 yang diadakan baru-baru ini.

Sebaliknya, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin, berkata, pertemuan itu hanya membincangkan tentang isu keselamatan dan usahasama untuk membanteras keganasan selain beberapa isu lain.

“Agenda utama adalah berkaitan isu keselamatan dan usahasama untuk membanteras keganasan selain daripada perdagangan, pertumbuhan ekonomi untuk rakyat termasuklah pembangunan masyarakat Islam di Selatan Thailand turut ditandatangani.

“Malaysia tidak sesekali akan campur tangan dengan urusan dalaman atau proses undang-undang di mana-mana negara. Tambahan pula, Perdana Menteri tidak ditemani oleh mana-mana individu seperti yang dinamakan oleh Le Temps,”katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sebuah laporan media dari Switzerland, Le Temps yang mendakwa pertemuan Malaysia-Thailand itu adalah bagi membincangkan mengenai Justo.

Tambahnya, beliau turut mendakwa tuduhan Le Temps itu adalah berkaitan dengan cubaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba untuk menjatuhkan perdana menteri dengan menggunakan media antarabangsa.

“Selama dua tahun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan kempen untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik demi kepentingan politiknya untuk menguntungkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Apabila kempennya gagal, Tun Mahathir tanpa rasa malu meminta campur tangan luar untuk negaranya sendiri. Ini termasuklah menggunakan blog politik, Sarawak Report untuk mempengaruhi media Barat.

“Sarawak Report secara berterusan menyiarkan khabar angin dan maklumat yang tidak tepat kepada media Barat yang ada diantaranya mengabaikan prinsip kewartawanan sebenar dengan menerbitkan dakwaan-dakwaan yang bersumberkan ‘sumber yang tidak diketahui’ yang diberi maklumat oleh pihak yang mempunyai kepentingan sendiri,”tegasnya.

Sariffuddin turut mendakwa, Le Temps hanya mengeluarkan laporan berdasarkan sumber yang tidak dikenali yang berasaskan laporan daripada Sarawak Report.
 
“Seperti kebiasaanya, ‘sumber’ ini gagal untuk memberikan sebarang bukti untuk menyatakan dakwaan tersebut adalah benar kerana ianya tidak wujud sama sekali,”kata beliau.

Justo, 49, ditahan oleh Polis Thailand pada 22 Jun 2015 setelah PetroSaudi International membuat laporan yang mendakwa dia telah memeras ugut syarikat itu yang menjadi rakan usahasama 1Malaysia Development Berhad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");