Sukan Hari Ini

Jangka Aksi Sengit

Singapura: Pendahulu kejuaraan Lewis Hamilton menjangkakan “saingan sengit” pada Grand Prix Singapura hujung minggu ini dengan musim tiba-tiba berubah menjadi lebih sukar ketika Formula Satu menuju era baharu di bawah pemilik baharu.

Hamilton, jurang pendahuluannya dikurangkan kepada hanya dua mata, berdepan prospek diasak lima pemandu diketuai rakan sepasukannya Nico Rosberg dengan Red Bull dan Ferrari turut berpeluang cerah di litar jalanan berliku itu.

Rosberg, yang merapatkan jurang dengan Hamilton selepas kemenangan berturut-turut di Belgium dan Itali, memburu kemenangan hatrik bagi Grand Prix ke-200 yang sekali gus boleh membantunya mengatasi Hamilton di puncak carta dengan berbaki enam perlumbaan.

Ia menjanjikan permulaan memberangsangkan di bawah pemilikan baharu Liberty Media kepunyaan bilionair AS John Malone, yang membeli syarikat induk F1 dalam perjanjian yang menyaksikan sukan itu dinilaikan pada tanda harga AS$8 bilion (RM33 bilion).

Satu perlumbaan sengit dan sukar dijangkakan, selepas pasukan Mercedes dikemudi Hamilton dan Rosberg menang 13 daripada 14 perlumbaan setakat ini tahun ini, bakal disajikan dalam perlumbaan sebelah malam.

Setahun lalu, pendahulu Mercedes mengalami persembahan terburuk musim itu dalam perlumbaan panas dan berbahang Singapura dengan Hamilton tidak menamatkan perlumbaan selepas gagal bertindak baik sepanjang hujung minggu.

Rosberg menduduki tangga keempat, hampir 25 saat di belakang pemenang yang juga rakan senegara Sebastian Vettel.

“Ia tidak mungkin satu pemanduan yang mudah,” kata Hamilton. “Malah apabila kami menang pada 2014 ia tidak semudah yang disangka.

“Kami tidak bertindak cemerlang di sana tahun lalu,” ujar Hamilton. “Jadi harapnya kami mampu memperbaiki catatan itu.

“Saya pasti Red Bull dan Ferrari berpeluang, jadi kami menjangkakan saingan sengit jika kami berada di depan. Saya sukakan pertarungan, jadi saya amat teruja,” kata Hamilton.

Red Bull dan Ferrari, yang tidak menang sejak kejayaan Vettel di Singapura tahun lalu, pasti teruja dengan peluang mereka di litar tengah bandar raya itu yang mempunyai 23 selekoh, paling banyak di mana-mana litar F1 dan hanya beberapa laluan lurus pantas. -AFP/ My Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");