Berita Hari Ini

Kaji lesen trak makanan

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri sedang mengkaji lesen perniagaan yang bersesuaian untuk pengendali trak makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Jais Sarday berkata, lesen penjaja yang digunakan oleh pengendali trak makanan pada ketika ini dilihat tidak sesuai.

Katanya, lesen penjaja adalah bagi pengusaha yang berniaga di satu lokasi secara tetap dan tidak berpindah, namun konsep perniagaan trak makanan tidak seperti itu.

“Kelebihan perniagaan ini adalah pengendalinya boleh menukar lokasi perniagaan mereka mengikut kesesuaian, untuk itu satu kajian sedang dibuat bagi mengeluarkan lesen perniagaan yang lebih relevan.

“Antara yang dicadangkan adalah lesen perniagaan mengikut pihak berkuasa tempatan (PBT), bererti sekiranya pengusaha tersebut berdaftar dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), dia boleh berniaga di mana sahaja dalam kawasan pentadbiran PBT itu,” katanya selepas melancarkan Trak Makanan Medini Iskandar, di sini, semalam.

Sementara itu, Mohd Zamani berkata, projek Trak Makanan Medini Iskandar bertujuan menjadikan wilayah Iskandar Puteri sebagai satu destinasi yang kondusif bagi penduduknya dan pengunjung.

“Projek ini bukan sahaja memberi impak positif terhadap aktiviti sosial dan ekonomi setempat, malah ia juga dapat menarik banyak penyertaan masyarakat tempatan dalam pembangunan yang pesat di lokasi ini.

“Usaha yang juga diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad ini juga bertujuan menjadikan wilayah ini lebih berdaya huni,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");