Jenayah

Kanak-kanak alami keracunan makanan selepas makan sosej

PUCHONG – Dua kanak-kanak perempuan mengalami cirit-birit dan muntah selepas menikmati roti sosej yang dibeli di kedai roti dalam sebuah pasaraya di sini, Isnin lalu.

Bapa kepada seorang kanak-kanak berkenaan, Lim Kar Foo, 35, berkata,anaknya, Lim Yingyi, 12, mengadu sakit perut selepas menikmati makanan itu bersama sepupunya.

Kar Foo berkata, dia pada mulanya hanya menyangka anaknya mengalami sakit perut biasa namun terkejut apabila dimaklumkan anak saudaranya yang turut makan roti sama muntah dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Saya beri ubat kepada anak untuk legakan sakit perut dan bawanya ke klinik untuk mendapat rawatan lanjut. Dalam masa sama saya dimaklumkan oleh adik saya bahawa anaknya, Lim Zi Fen, 4, muntah sampai berbuih mulut.

“Pada mulanya adik saya hanya hantar anaknya ke klinik namun setelah pulang ke rumah, keadaannya bertambah teruk dan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana pengsan,” katanya.

Kar Foo berkata, anak saudaranya itu terlantar lebih seminggu dan doktor mengesahkan kanak-kanak berkenaan mengalami keracunan makanan.

Katanya, dia mengesyaki roti sosej berkenaan menjadi punca kepada kejadian itu berikutan hanya Yingyi dan Zi Fen yang makan roti berkenaan.

“Saya beli beberapa jenis roti, hanya roti sosej dimakan kedua-dua mereka, saya pun ada makan roti tu tapi sebab tak suka sosej jadi saya buang…mungkin sosej tulah penyebab mereka kena keracunan makanan,” katanya yang mendapati sosej berkenaan dalam keadaan lembik dan berlendir.

Menurutnya, dia sudah membuat aduan kepada jabatan kesihatan negeri namun dimakumkan kes itu hanya akan diambil tindakan dalam masa tiga minggu.

“Saya pelik kenapa mereka ambil masa yang lama untuk bertindak, ini kena pada anak saya…bagaimana kalau kena pada orang lain,” soalnya lagi.

Katanya, dia juga kesal dengan sikap pemilik kedai yang seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab terhadap kejadian berlaku.

Pada mulanya katanya, pemilik itu berjanji menanggung segala bil perubatan dan akan melihat keadaan anaknya.

Namun pemilik kedai roti berkenaan baru-baru ini menafikan kejadian berlaku disebabkan roti yang dijual pihaknya.

“Lepas kejadian pemilik roti suruh pekerjanya datang ambil baki roti yang tinggal, saya tak bagi kerana mungkin boleh jadi bukti kelak,”katanya.

Sementara itu Adun Kinrara, Ng Sze Han yang menerima aduan mangsa berkata, akan membuat susulan berhubung perkara itu dengan jabatan kesihatan negeri.

Beliau turut membuat laporan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan memohon siasatan lanjut dijalankan segera.

“Saya akan dapatkan butiran kejadian dan rujuk kepada kedua-dua agensi itu untuk laporan lanjut,”katanya ketika mengunjungi dua kanak-kanak itu di Taman Putra Perdana di sini, pagi ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");