Perak Hari Ini

‘Kantoi’ Ponteng Sekolah Di Pusat Siber

KAMPAR: Sedang asyik bermain permainan komputer di Siber Kafe, sekumpulan pelajar dikenalpasti tidak berada di sekolah seperti kebiasaan waktu persekolahan dilakukan oleh pelajar lain.

Mereka dikenalpasti menerusi operasi ponteng sekolah model Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Selatan yang dijalankan khusus bagi memupuk kesedaran mengenai tahap serius gejala ponteng sekolah dikalangan para pelajar.

PERAK TODAY 2

PERAK TODAY 3
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan, Mat Jaafar Mat Zain

Menurut Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan, Mat Jaafar Mat Zain operasi ponteng ini tidak bertujuan untuk menghukum pelajar berkenaan tetapi sekadar memberi pendedahan dan pengajaran.

“Operasi ini untuk meningkatkan kehadiran pelajar di sekolah kerana sejak akhir-akhir ini dari segi kehadiran pelajar ke sekolah agak menurun.

“Ia juga meningkatkan hubungan antara agensi dan jabatan penguatkuasa terlibat,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas operasi di sekitar daerah Kinta Selatan ini iaitu di zon Bandar Baru dan Bandar Lama Kampar, Zon Malim Nawar dan Gopeng.

Operasi yang bermula pada jam 11 pagi tadi turut melibatkan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kampar, Majlis Daerah Kampar dan Agensi Dadah Kebangsaan Perak.

PERAK TODAY 1

“Usaha membuat operasi ini bukan menangkap mereka tetapi dalam usaha untuk memberi pengetahuan bahawa kegiatan ponteng ini pandang secara serius dan perlu diberi perhatian,” katanya.

Ujarnya hasil pemeriksaan sebanyak 19 pelajar berjaya dikenalpasti berada di lokasi yang tidak sepatutnya pada waktu persekolahan dan bukannya berada di sekolah.

PERAK TODAY 4“Operasi kali ini kami dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu di Kampar sebanyak lima orang pelajar dikenalpasti, Malim Nawar, 7 orang dan Gopeng 7 orang seawal umur 13 tahun sehingga 16 tahun.

“Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar sementara menunggu ibu bapa masing-masing dapat menjemput mereka semula,” katanya.

Tambahnya lagi, sejurus tindakan ini satu laporan mengenai pelajar terlibat akan dirujuk kepada PPD Daerah terlibat untuk sesi kaunseling dan tindakan pihak sekolah mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Mereka bukannya penjenayah tetapi memastikan ada kesedaran bersifat dengan mencegah dan tidak berlaku kerana gejala masalah displin boleh bermula dengan masalah ponteng seperti ini,” katanya lanjut.

Tambahnya sebelum ini operasi ini dilaksanakan terdapat dua serbuan yang dijalankan pada tahun ini malah operasi ini berjaya memberi kesan kepada kehadiran murid di sekolah selepas itu.

“Operasi ini berhasil apabila Kehadiran mereka dibawah 90 peratus selepas operasi ini peningkatan kadar kehadiran telah berubah

“Ia tidak boleh dipandang ringan dan proses biasa dalam usaha meningkat kehadiran pelajar ke sekolah,”

Jelasnya lagi operasi ini akan teruskan dari semasa ke semasa melibatka pelbagai dan tidak hanya berfokus di siber kafe sahaja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");