Membawang Hari Ini

‘Kehadirannya mengubat luka’

Pernah dia berputus asa dengan cinta selepas dikecewakan satu ketika dulu. Namun, pertemuan dengan gadis yang dikatakan mirip pelakon terkenal Nora Danish iaitu Nurul Asyiqin Zaidi, 23, membuka pintu hati juara Mentor musim keempat ini untuk kembali bercinta.

Selepas tiga tahun mengenali hati budi, anak jati kelahiran Ulu Tiram, Johor itu yakin Nurul calon isteri terbaik untuknya.

“Pernah terdetik di hati tidak mahu bercinta lagi namun tidak pula saya menolak ketentuan daripada Allah SWT. Andai kata dipertemukan dengan wanita yang memahami diri ini, pasti saya akan menyuntingnya sebagai suri hidup.

“Nurul memenuhi kriteria wanita idaman saya. Kehadirannya mengubat luka di hati,” katanya.

Mohd atau nama sebenarnya, Mohd Izwan Mohd Nor, kemudian menghantar rombongan merisik dan bakal mengikat tali pertunangan pada 8 Oktober ini.

Menurut Mohd, majlis itu bukan sahaja menjadi bukti ketulusan cintanya terhadap Nurul tetapi dapat juga berkumpul dengan 10 adik-beradiknya.

“Tarikh ini sangat istimewa kerana ia tarikh lahir saya. Lebih bermakna, semua adik-beradik saya akan berkumpul.

“Saya akan menyewa sebuah bas untuk bawa rombongan ke kampung Nurul di Sungai Pinang, Pulau Pinang nanti,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd belum bersedia berkongsi tarikh pernikahan mereka kerana mahu fokus pada majlis pertunangan terlebih dahulu.

Belum popular

Perkembangan lain, Mohd mengakui namanya masih ‘sendu’ meskipun sudah empat tahun dalam industri hiburan tanah air.

Pun begitu dia tidak pernah berputus asa dan sehingga kini sudah menghasilkan empat single iaitu Segala, Hilang Cahaya, Nasib dan Cinta.

Malah, Mohd yakin dia mampu bertahan dan akan terus merakamkan lagu baru.

“Menyanyi sudah sebati dengan diri saya. Biar apa pun berlaku, saya tak akan mengalah.

“Saya sedang mencari formula dan material baru untuk menambat hati peminat,” katanya.

Kini Mohd tidak lagi bernaung di bawah pengurusan 8 Unit dan perlu bekerja lebih keras.

“Saya perlu lebih berdikari dan mencari peluang untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ini,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");