Jenayah

Kejam sungguh

Dungun: Polis percaya mayat yang ditemui dalam kotak polisterin di pesisir Pantai Pasir Tengara, Pulau Tenggol, di sini, semalam, adalah mangsa bunuh.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub, berkata hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan tetakan pada rusuk kiri, kanan dan belakang mangsa.

“Hasil siasatan awal, kita percaya mangsa dibuang hampir dua minggu itu. Ia adalah mayat lelaki yang dianggarkan berusia antara 20 hingga 40 tahun.

“Kita percaya mangsa tidak dipotong sebaliknya dibiarkan mereput di dalam kotak terbabit.

“Polis percaya kotak itu diletakkan di lokasi berkenaan dan bukannya dibuang dan dihanyutkan ke dalam laut kerana tiada kesan berlumut atau calar pada kotak berkenaan,” katanya.

Ahmad Zailani berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian semalam, pemandu bot pelancong berusia 37 tahun terkejut apabila menemui rangka manusia ketika berehat di pantai berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");