Sukan Hari Ini

Kejutan litar baharu

Sepang: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sudah bersedia untuk menganjurkan perlumbaan beprestij Formula Satu (F1) hujung minggu ini sambil menjangkakan beberapa kejutan bakal berlaku bermula sesi latihan, Jumaat ini.

Di sebalik faktor cuaca yang tidak menentu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali percaya permukaan trek yang baru diturap akan menyaksikan setiap pasukan perlu mempelajari semula litar itu kerana data terdahulu sudah tidak sesuai untuk digunakan.

“Sepang adalah satu-satunya litar yang melakukan proses penurapan semula dalam saingan F1 musim ini.

“Kami sudah pun memaklumkan kepada setiap pasukan berkenaan perubahan ini sejak dua bulan lalu terutama pembekal tayar, Pirelli.

“Banyak persoalan yang belum terjawab ketika ini dan saya rasa Pirelli sendiri tidak pasti apakah yang akan berlaku sepanjang minggu ini,” katanya.

Dengan permukaan trek baharu, Razlan berharap rekod sepusingan terpantas dilakukan Juan Pablo Montoya 12 tahun lalu juga dapat diperbaharui.

Bekas pelumba Williams BMW itu mencatat 1 minit 34.223 saat pada 2004.

“Tapi masa itu, jenteranya berlainan berbanding sekarang. Jadi apa yang diharapkan kali ini pelumba boleh memecahkan rekod dua tahun lalu,” kata Razlan.

Pemandu Mercedes AMG PETRONAS Nico Rosberg melakukan 1:42.062s tahun lalu manakala rakan sepasukan Lewis Hamilton mencatat masa sepusingan terpantas 1:43.066s pada 2014.

Proses penurapan semula litar itu yang bermula Februari hingga Mei membabitkan keseluruhan trek sepanjang 5.543km.

Razlan turut mengumumkan paddock baharu akan diperkenalkan untuk setiap pasukan F1 yang beraksi selain paddock selatan untuk perlumbaan sokongan membabitkan kos keseluruhan bernilai RM19 juta.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");