Isu Panas

Kelulusan PPBM bukti keterbukaan kerajaan

BACHOK: Kelulusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), semalam membuktikan amalan demokrasi subur di negara ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata ROS membuat keputusan tepat kerana tidak menyekat penubuhan parti baharu itu.

“Sekiranya disekat, mereka akan kata tindakan itu tidak adil dan mungkin kita tidak dapat menunjukkan sikap kematangan sebenar.

“Kita sudah beri peluang dan akan bertemu mereka menerusi medan pertembungan politik. Kelulusan itu menunjukkan kesediaan UMNO berhadapan mereka selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bachok di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan penubuhan PPBM diluluskan oleh ROS semalam.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kelulusan diberikan secara dasar kerana PPBM perlu menjelaskan lebih lanjut peranan pengerusi dan presiden parti sebelum surat rasmi kelulusan dikeluarkan.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");