Jenayah

Kes bunuh: Suami isteri warga asing ditahan

PETALING JAYA: Polis menahan dua warga asing dipercayai pasangan suami isteri kerana disyaki terlibat kes bunuh seorang lelaki dalam satu pergaduhan di sebuah flat di Jalan PJS 6/3B, Kampung Lindungan, Sungai Way di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, lelaki berumur 30 tahun dan wanita berusia 21 tahun itu ditahan di kediaman mereka di flat berkenaan pada jam 1.30 pagi tadi.

“Bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi dan mendapati seorang lelaki warga asing dikenali sebagai Tohir, 28, sudah meninggal dunia dengan kesan tikaman di perut di kawasan tempat letak kereta di blok flat berkenaan.

“Mangsa dipercayai ditikam di rumah berkenaan dalam pergaduhan itu sebelum melarikan diri dan mati di kawasan tempat letak kereta,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

Pada masa sama, polis sedang mengesan dua individu berusia 20-an bagi membantu siasatan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");