Perak Hari Ini

Keterangkuman, Kelestarian Karakter Negeri Perak

IPOH : Keterangkuman dan kelestarian menjadi karakter untuk negeri Perak, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ujarnya, kemajuan boleh dikejar dalam pelbagai bidang dan bandaraya Ipoh telah menerima pakai ‘Business Social’ yang akan dipasarkan sebagai satu jenama.

4

“Semalam, Profesor Muhammad Yunus percaya bahawa perniagaan sosial akan membawa perubahan walaupun ianya menjadi inspirasi kepada dua individu untuk menjadi lebih produktif dari segi ekonomi.

“Di masa hadapan, Profesor Yunus turut menjangkakan pada tahun 2030-2040, masyarakat ketika itu bingung dengan istilah ‘pengangguran’.

3

“Dalam usaha beliau untuk menamatkan kebergantungan kepada pekerjaan, beliau percaya perniagaan adalah pekerjaan yang amat menggalakkan,”katanya dalam ucapan penutup Pangkor Dialogue 2016 di Amanjaya Convention Centre, di sini, hari ini.

Ucap Zambry lagi, perkara yang dikemukakan oleh Profesor Yunus itu perlu disokong menerusi penerokaan model-model baru yang berbeza bagi merapatkan ketidaksamaan.

1

“Satu-satunya cara untuk membina keamanan yang mampan adalah dengan menyediakan peluang untuk rakyat. Peluang untuk berjuang dan inilah sebab mengapa kita berkumpul di sini sejak beberapa hari yang lalu.

“Semoga melalui perbincangan, pendapat dan niat kita terus menjadi progresif untuk tahun-tahun yang akan datang,”katanya.

Di akhir ucapannya, Zambry turut mengumumkan bagi penganjuran Pangkor Dialogue 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");