Sukan Hari Ini

‘Ketiadaan Aguero untungkan United’

THE Red Devils dicanang mempunyai kelebihan dalam pertembungan Manchester Derby hujung minggu ini.

Hal ini diakui bekas penyerang Manchester United, Dwight Yorke yang menilai ketiadaan penyerang kelahiran Argentina, Sergio Aguero sebagai kehilangan besar buat City.

“Susah untuk meramal perlawanan ini. Kedua-dua pasukan bermula garang musim ini dan kedua-dua pengurus baharu memberikan impak luar biasa buat kedua-dua pasukan.

“Tapi, melihat kepada aksi di laman sendiri dan ketiadaan penyerang berbisa, Sergio Aguero, saya berasakan United mungkin mempunyai kelebihan untuk memenangi perlawanan ini,” katanya.

Aguero terlepas aksi pertembungan Manchester Derby selepas dilayangkan kad merah kerana menyiku Winston Reid dalam pertembungan dengan West Ham United minggu lalu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");