Berita Hari Ini

KSU Kementerian Pendidikan baharu lapor diri esok

PUTRAJAYA – Datuk Seri Alias Ahmad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan mulai esok (3 September) bagi menggantikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang bersara wajib, umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini.

Alias, 58, sebelum pelantikan baharu itu adalah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 32 tahun.

Ali dalam satu kenyataan berhubung pelantikan itu hari ini berkata, Alias menerusi karier perkhidmatannya berpengalaman luas dalam bidang perancangan, penyelidikan dan dasar, pengurusan sumber manusia dan keselamatan.

“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki akan membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab ini dengan berkesan dan mampu meneruskan misi Kementerian Pendidikan dalam melestarikan sistem pendidikan yang
berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara,” katanya.

Alias sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Ketua Pengarah Imigresen dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Ali dalam kenyataan itu bagi pihak kerajaan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Madinah atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada perkhidmatan awam dan negara selama lebih 35 tahun.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");