Sukan Hari Ini

Kuala Lumpur harap magis tiga aksi terakhir

KUALA Lumpur kini mengharapkan magis dalam tiga perlawanan terakhir untuk mengejar kedudukan dua terbaik Liga Perdana musim ini.

Hal ini diakui pengendalinya, Ismail Zakaria yang mengharapkan anak buahnya dapat mengutip tiga mata penuh di dalam setiap perlawanan untuk berada dalam kelompok terbaik.

“Persediaan untuk tiga perlawanan terakhir berjalan lancar. Alhamdulillah, kini semua pemain bebas daripada kecederaan dan bersedia untuk beraksi menentang Negeri Sembilan di Selayang.

“Walaupun kedudukan sekarang seakan tidak memihak kami, namun penting untuk saya ingatkan pemain agar berjuang habis-habisan agar kami dapat berada di kelompok terbaik.

“Sepanjang cuti panjang ini, banyak yang telah kami perbaiki dan mengharapkan keputusan positif dapat dicapai nanti,” katanya.

Ismail turut menyifatkan perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab dari Australia banyak membantu pasukannya menghadapi baki perlawanan terakhir.

“Saya pasti banyak yang telah dipelajari oleh pemain daripada perlawanan persahabatan dengan kelab yang menjuarai Liga Australia.

“Walaupun jelas taktikal mereka lagi hebat dan berjaya memenangi perlawanan ini, namun saya dapat lihat kesungguhan daripada pemain untuk menyaingi pasukan ini dan saya amat bangga dengan komitmen yang mereka tunjukkan,” ujarnya lagi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");