Jenayah

Lagi merkuri tumpah

Kuching: Bomba dipanggil ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bako, Jalan Bako di sini untuk membersihkan tumpahan merkuri di makmal sekolah berkenaan, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah pada 12.01 tengah hari.

Menurutnya, tumpahan merkuri berkenaan berlaku di bilik makmal ketika pelajar dalam sesi pembelajaran sains dan tertumpah ketika uji kaji dijalankan.

“Empat pelajar masing-masing tiga lelaki dan seorang perempuan berusia 13 tahun tersentuh cecair itu secara langsung namun pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) sudah melakukan prosedur pembersihan ke atas pelajar terbabit.

“Pasukan HAZMAT juga membuka tingkap dan pintu makmal bagi tujuan pengudaraan di dalam bilik yang tercemar dan mengarahkan pihak sekolah untuk tidak membenarkan memasuki bilik dalam tempoh dua jam,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");