Panasnya Hari Ini

Lebih Ramai Pemimpin UMNO Bakal Tinggalkan Parti -Mukhriz

KUALA LUMPUR : Beberapa pemimpin UMNO dijangka meninggalkan parti itu mengikut langkah yang diambil oleh Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Gelang Patah di Johor pada mesyuarat perwakilan UMNO negeri akan datang.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mendakwa, ramai pemimpin UMNO Bahagian mendekatinya dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap parti itu.

“Ada beberapa orang yang memegang jawatan penting dalam UMNO bahagian memberitahu saya secara peribadi bahawa mereka tidak tahan lagi dan sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan parti secara serius.

“Jadi, kita mungkin melihat pengumuman sedemikian diambil beberapa pemimpin itu,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, Pengasas UMNO Bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani mengumumkan keluar UMNO ketika menyampaikan ucapan pada mesyuarat perwakilan bahagian itu, semalam kerana kepimpinan UMNO sekarang tidak menerima kenyataan sebenar akibat daripada krisis yang dihadapi parti itu.

Turut mengambil tindakan sama ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kulai, Tosrin Jarvanti yang juga pegawai khas kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mukhriz yang juga Naib Presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, mungkin ada segelintir di kalangan pemimpin itu teragak-agak untuk meninggalkan UMNO dengan cara demikian kerana tidak mahu mencari musuh di kalangan ahli.

“Saya faham sebahagian daripada mereka tidak sanggup mencetuskan konflik dalam majlis seperti itu.

“Oleh itu, sebahagian daripada mereka mungkin menyokong kita, tetapi pada masa sama, masih kekal dalam UMNO atau mereka boleh meninggalkan parti secara diam-diam, bukannya dengan cara seperti yang berlaku di Gelang Patah,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");