Jenayah

Lelaki hilang ditemui mati di hutan bakau

LANGKAWI – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang berdekatan Taman Nilam di sini malam tadi, ditemui mati dengan keadaan mayatnya terapung dalam kawasan hutan paya bakau berdekatan, hari ini.

Mayat Ibrahim Abu, 27, ditemui dalam satu operasi mencari yang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat selepas mendapat laporan kehilangan itu kira-kira jam 7.52 malam tadi.

“Mayat mangsa ditemui jam 9.06 pagi ini berhampiran tebing sungai paya bakau sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Kedah Nur Hafizah Muhammad Lukman.

Sementara itu, operasi mencari seorang pelancong warga Mesir yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari balkoni chalet sebuah hotel di Tanjung Burau di sini semalam masih lagi diteruskan.

Yahya Yousry Mohamad Al-Sayid, 27, yang dilaporkan hilang kira-kira jam 4 petang semalam masih belum ditemui sehingga 12 tengah hari ini oleh pasukan mencari dan menyelamat.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");