Panasnya Hari Ini

Mahathir Terdesak – Salleh

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di mahkamah semalam sebagai tanda memberi sokongan kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidakan terdesak berikutan keadaan yang sedang dihadapi oleh bekas perdana menteri itu.

Memetik sumber Berita harian, ujarnya, perkara itu bukanlah sesuatu yang amat mengejutkan atau memeranjatkan.

“Inilah apa yang kita panggil kepentingan politik. Ia jelas menunjukkan betapa terdesaknya Mahathir,” kata beliau menerusi laman blognya sskeruak.blogspot.my.

Tambahnya lagi, Mahathir mengetahui bahawa parti baharunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, tidak mampu melangkah jauh secara bersendirian.

“Jadi, beliau perlu menumpang Pakatan Harapan, seperti kapal angkasa yang memerlukan sebuah roket. Sebab itulah Mahathir cuba membina jambatan dengan Anwar – untuk memikat hati Pakatan,” katanya.

“Mahathir akhirnya mengaku beliau sebenarnya tidak memiliki kekuatan untuk menjadikan partinya berjaya. Beliau perlu tumpang atas Anwar dan Pakatan,” kata Salleh. Ini jelas beliau, dilakukan walaupun Mahathir dan Anwar saling mengata antara satu sama lain selama 18 tahun.

“Perbuatan Mahathir berjabat tangan dengan Anwar hari ini samalah seperti apa yang berlaku pada 1998, sehari sebelum Mahathir memusnahkan Anwar. Kucupan Mahathir adalah kucupan maut,” katanya. Mereka bertemu di Mahkamah Tinggi hari ini di mana Anwar mempunyai kes berkaitan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Mahathir memecat Anwar pada 1998 sebagai timbalan perdana menteri malah Anwar juga dipecat daripada UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");